“Perhhh Padu, Suara Dulu Kini Sama Je” – Lepas Dengar ‘Cover’ Lagu Ini, Ramai Setuju Mila Jirin Layak Masuk Gegar Vaganza

Music
14 Nov 2023 • 1:52 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Penyanyi dan usahawan, Mila Jirin memukau pengikutnya di Instagram selepas dia memuat naik video menyanyikan lagu dendangan Datuk Seri Siti Nurhaliza.

Kata juara Akademi Fantasia 5 itu, lagu ‘Azimat Cinta’ itu berlegar-legar di fikirannya dan terus membuat cover bahagian chorus.

Meskipun tidak menghafal liriknya dan tersilap namun kelunakan suaranya lebih mencuri perhatian warganet yang memuji ia tetap maintain meskipun Mila sudah lama tidak aktif dalam dunia nyanyian.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by B I Z M I L L A (@mila_jirin)

Bukan itu sahaja, ramai mempunyai pendapat yang sama dan mencadangkan agar Mila menjadi salah seorang peserta Gegar Vaganza, jika ada musim yang akan datang.

Sedapnya suara, tak berubah macam dulu dulu.

Bukan itu sahaja, ada yang turut membuat permintaan agar pengasas perniagaan Bizmilla tersebut membuat full cover lagu yang kini trending di TikTok itu.

image is not available image is not available

View Original Article