Perhilitan pasang kamera perangkap kesan harimau kumbang di kawasan perumahan

21 Nov 2026 • 5:08 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Perhilitan pasang kamera perangkap kesan harimau kumbang di kawasan perumahan
Tular gambar dimuat naik pengguna media sosial memaparkan haiwan itu berkeliaran dipercayai mencari makanan di kawasan berkenaan.

SEREMBAN - Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Negeri Sembilan akan memasang kamera perangkap bagi mengesan kehadiran harimau kumbang susulan aduan mengenai kelibat haiwan liar itu yang didakwa di kawasan perumahan Laman Sendayan di sini.

Pengarahnya, Wan Mat Wan Harun berkata, tindakan itu bagi memastikan kesahihan aduan berkenaan sebelum tindakan lanjut diambil.

"Lokasi aduan (kehadiran harimau kumbang) terletak kira-kira 12 kilometer dari Hutan Simpan Kekal Galah. Perhilitan menerima laporan kira-kira 2 petang tadi dan pasukan akan memasang kamera perangkap itu petang ini," katanya kepada Bernama di sini pada Sabtu.

Beliau menasihati orang ramai supaya berhati-hati sekiranya terserempak haiwan liar itu dan tidak melakukan provokasi atau mengambil tindakan sendiri serta segera menghubungi Perhilitan untuk tindakan lanjut.

Pada Sabtu, tular beberapa gambar dimuat naik pengguna menerusi media sosial memaparkan haiwan itu berkeliaran dipercayai mencari makanan di kawasan berkenaan. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved