PERHILITAN Perak Sahkan Terima Aduan Kelibat Harimau Di Tanjung Malim

24 Jan 2023 • 5:09 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

PERHILITAN Perak sahkan terima aduan kelibat harimau di Tanjung Malim

IPOH, 24 Jan (Bernama) — Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Perak mengesahkan, pihaknya menerima aduan berhubung kelibat harimau yang dilihat menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di Taman Bernam Baru, Tanjung Malim baru-baru ini.

Pengarah Perhilitan Perak Yusoff Shariff berkata pihaknya menerima aduan daripada seorang lelaki yang merupakan penduduk kawasan itu, yang mendakwa melihat haiwan berkenaan berhampiran rumahnya semalam dan sedang menjalankan siasatan lanjut.

“Orang ramai diminta berhati-hati dan jangan melakukan provokasi sekiranya terserempak dengan haiwan itu. Elakkan masuk ke kawasan hutan, kerana di dalam rekod kita sememangnya ada harimau di dalam Hutan Simpan Tapah yang terletak berhampiran.

“Kita sedang memantau kawasan sekitar dan akan menghantar haiwan itu ke tempat asal sekiranya berjaya menemuinya,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Muallim Supt Mohd Hasni Mohd Nasir berkata pihaknya turut menerima aduan daripada penduduk pada kira-kira pukul 6 petang semalam, namun tidak dapat mengenal pasti jenis harimau dan lokasinya ketika ini.

“Pengadu menghubungi balai polis dan memaklumkan terlihat ada kelibat haiwan itu dalam CCTV. Kita telah menghantar anggota ke lokasi namun tiada tangkapan setakat ini dan pihak Perhilitan sedang mengambil tindakan,” katanya.

Sejak semalam, tular video rakaman CCTV berdurasi 49 saat, menunjukkan kelibat seekor haiwan dipercayai harimau berjalan di hadapan rumah yang dikatakan berlaku di Taman Bernam Baru.

Sumber: BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved