Perhilitan tangkap beruang matahari ganggu kampung di Dungun

26 Jul 2025 • 12:31 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

image is not available

DUNGUN, 26 JUL: Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) berjaya menangkap seekor beruang matahari yang berkeliaran di Kampung Padang Ping, di sini sejak minggu lepas.

Pengarah Perhilitan Terengganu Loo Kean Seong berkata beruang jantan dewasa yang dianggarkan seberat 110 kilogram itu memasuki perangkap yang dipasang pagi semalam.

Beliau berkata beruang terbabit tidak mengalami kecederaan dan dilepaskan ke habitat semula jadi petang semalam.

“Kita menerima aduan daripada penduduk kampung mengenai kehadiran beruang yang berkeliaran di sekitar kampung dan kawasan kebun kelapa sawit sehingga menimbulkan kebimbangan orang ramai.

“Sebaik menerima laporan, kita telah memasang perangkap dan berjaya menangkap haiwan itu semalam,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut mengingatkan kepada orang ramai yang terserempak atau melihat kelibat haiwan liar supaya tidak mengambil tindakan sendiri dan melaporkan perkara itu dengan segera kepada Perhilitan untuk tindakan lanjut.

– BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved