Perhimpunan agung pertama Pejuanita

Politics
13 Jan 2023 • 7:15 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Che Asmah.

SHAH ALAM - Pejuanita Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) yang ditubuhkan secara rasmi sejak 7 Februari lalu akan mengadakan perhimpunan agung pertama pada Jumaat bertempat di pejabat parti berkenaan di Putrajaya.

Ketuanya, Datin Che Asmah Ibrahim berkata, penubuhan sayap wanita itu di seluruh negara kecuali Perlis telah mencapai jumlah ahli seramai 15,206 orang.

“Mewakili Pejuanita Malaysia, saya mengalu-alukan kehadiran semua perwakilan dan pemerhati Pejuanita dari seluruh negara ke Perhimpunan Agung Pejuanita Malaysia,” katanya dalam ciapan di Twitter pada Khamis.

Ujar Che Asmah, perjuangan Pejuanita adalah berpaksikan kepada prinsip membela agama, bangsa dan tanah air.

“Asas perjuangan untuk kekal berprinsip, tidak terlibat dengan rasuah dan salahguna kuasa serta berjuang untuk agama, bangsa dan tanah air kekal menjadi tunggak perjuangan,” jelas beliau.