Perhimpunan Bersih bukti ada 'tidak kena' dengan kerajaan - PN

Politics
27 Feb 2024 • 11:33 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Ahmad Fadhli (tengah) menerima memorandum tuntutan reformasi daripada Pengerusi Bersih, Muhammad Faisal Abdul Aziz (kiri) ketika perhimpunan Reformasi 100 peratus di Kuala Lumpur pada Selasa.

KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Perikatan Nasional (PN) mendakwa terdapat unsur 'tidak kena' dalam pentadbiran kerajaan susulan tuntutan reformasi dilakukan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih).

Ketua Penerangan Pas, Ahmad Fadli Shaari berkata, perhimpunan Reformasi 100 peratus yang dianjurkan badan bukan kerajaan (NGO) itu jelas mencerminkan kegagalan kerajaan melaksanakan reformasi yang telah dijanjikan.

Ini kerana menurutnya, Bersih diketahui mempunyai hubungan baik dengan pemimpin kerajaan, termasuk sokongan ketika kerajaan berada di pihak pembangkang.

"Jadi apabila Bersih terpaksa buat (perhimpunan) seperti ini untuk memberitahu kerajaan (mengenai) tuntutan mereka, sudah tentu di sana ada 'something wrong' (sesuatu tidak kena) dalam pelaksanaan reformasi yang ada pada hari ini.

"Saya yakin Bersih tidak sepatutnya berhenti setakat ini, tetapi akan ada gerakan selepas untuk pastikan kerajaan benar-benar melaksanakan janji reformasi," katanya kepada pemberita selepas menerima memorandum Bersih ketika perhimpunan Reformasi 100 peratus di sini pada Selasa.

Terdahulu perhimpunan berkenaan yang diketuai Bersih berarak dari Plaza Tugu Negara ke bangunan Parlimen bagi menyerahkan memorandum tuntutan reformasi kepada ahli-ahli Parlimen kerajaan.

Selain Fadhli, turut kelihatan Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Karim; Dr Ahmad Taufik Johari (Sungai Petani); William Leong (Selayang); Syed Ibrahim Syed Noh (Ledang) dan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (Muar) hadir menerima memorandum berkenaan.

Dalam pada itu Ahmad Fadhli berkata, pembangkang juga pernah mengingatkan rakyat bahawa Kerajaan Madani merupakan kerajaan 'sembang kosong'.

"Mereka sekadar menyebut untuk melaksanakan reformasi tetapi apabila bekerjasama dengan kleptokrat yang mereka dakwa sebagai kaki rasuah sebelum ini, akan ada nilai-nilai yang terpaksa digadai.

"Kami daripada PN dan pembangkang, sentiasa bekerjasama dengan sebarang agenda yang diperjuangkan Bersih dan saya perhatikan, tuntutan ini sepatutnya dilaksanakan kerajaan.

"Cuma saya akan teliti satu persatu dan akan bawa kepada (pemimpin) PN untuk mempertimbangkannya," ujarnya.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved