Perhimpunan Di Teluk Intan Semalam Tidak Dimaklum Kepada Polis - Ketua Polis Perak

LocalPolitics
27 Oct 2024 • 2:00 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Bendera China dikibarkan oleh peserta perhimpunan semalam sehingga mencetuskan kontroversi - Gambar Facebook

IPOH - Polis sedang menjalankan sisatan berhubung satu perhimpunan gabungan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di Dataran Menara Condong, Teluk Intan semalam, kata Ketua Polis Perak Datuk Azizi Mat Aris.

Beliau berkata pihak yang berkaitan tidak memaklumkan kepada polis mengenai penganjuran perhimpunan itu.

Sehubungan itu, beliau berkata polis menyiasat kes berkenaan di bawah Seksyen 9(1) Akta Perhimpunan Aman 2012, dan perintah untuk siasat (OTI) akan dipohon bagi tujuan siasatan lanjut.

"Pihak yang terlibat akan dipanggil untuk dirakam percakapan bagi melengkapkan kertas siasatan.

"Kira-kira 400 orang berkumpul di Dataran Menara Condong sempena Himpunan Kibarkan Jalur Gemilang. Perhimpunan itu turut dihadiri Pesuruhjaya PAS Perak (Razman Zakaria)," katanya dalam kenyataan hari ini. - BERNAMA