Perhimpunan: Polis Rakam Keterangan 10 Individu

2 Feb 2023 • 11:42 AM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Azmi Abu Kassim (dua dari kiri) memeriksa perbarisan sempena Majlis Perhimpunan Bulanan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur hari ini. - Gambar Bernama

KUALA LUMPUR - Polis telah mengambil keterangan daripada 10 individu bagi membantu siasatan berhubung perhimpunan di hadapan Kedutaan Sweden dan Belanda di ibu negara Jumaat lepas, kata Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Azmi Abu Kassim.

"Beberapa individu lagi akan dipanggil dalam masa terdekat bagi membantu siasatan," katanya kepada pemberita selepas Perhimpunan Bulanan Ketua Polis Kuala Lumpur di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur di sini, hari ini. 

Pada Sabtu, Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Noor Dellhan Yahaya berkata pihaknya mengesan dua perhimpunan yang diadakan di sini, Jumaat lepas, bagi menyerahkan memorandum membantah pembakaran al-Quran dan demonstrasi solidariti bantahan penghinaan terhadap agama Islam.

Beliau berkata perhimpunan itu tidak mematuhi peruntukan undang-undang dan pihaknya telah membuka dua kertas siasatan di bawah Seksyen 9 (5) Akta Perhimpunan Aman 2012. - Bernama