Perikatan Nasional Setuju Tubuh Kerajaaan Perpaduan

Politics
24 Nov 2022 • 1:16 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Perikatan Nasional (PN) hari ini, 24 November bersetuju untuk mempertimbangkan cadangan penubuhan Kerajaan Perpaduan di peringkat Pusat demi kesejahteraan rakyat Malaysia.

Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Hamzah Zainuddin dalam satu kenyataan media berkata, Mesyuarat Khas Majlis Tertinggi PN yang bersidang sebentar tadi telah membincangkan mengenai cadangan pembentukan tersebut.

“Selaras dengan itu, mesyuarat bersetuju untuk mempertimbangkan cadangan penubuhan Kerajaan Perpaduan yang melibatkan perbincangan dengan parti-parti yang sehaluan demi kesejahteraan rakyat dan kestabilan negara,” kata Hamzah.

Kenyataan Hamzah tersebut bagaimanapun tidak memperincikan siapakah parti-parti sehaluan yang dimaksudkan beliau.

Malah ia menjadi tanda tanya adakah ianya akan melibatkan Pakatan Harapan (PH) seperti yang dicadangkan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sebelum ini.

image is not available