‘Peringati usaha pemimpin dahulu capai kemerdekaan’

17 Aug 2022 • 4:01 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

RANAU: Rakyat di sini diseru agar sentiasa mengingati usaha serta pengorbanan pemimpin terdahulu yang berjuang sedaya upaya demi mencapai kemerdekaan negeri dan bangsa.

Penduduk di daerah ini juga harus mengibarkan Jalur Gemilang serta Bendera Negeri Sabah di persekitaran mereka bagi menunjukkan semangat patriotisme dan nasionalisme kepada negara.

Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri, Datuk Abidin Madingkir berkata, sempena Sambutan Bulan Kebangsaan yang bertemakan ‘Keluarga Malaysia Teguh Bersama’, rakyat seharusnya bersyukur dengan kemajuan yang dikecapi negara selama ini.