Perintah Gaji Minimum RM1,700 Buat 4.7 Juta Pekerja Bermula 1 Februari 2025!

LocalPolitics
31 Jan 2025 • 10:14 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Berita baik untuk 4.7 juta pekerja di Malaysia apabila Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) mengumumkan perintah gaji minimum RM1,700 sebulan berkuatkuasa kepada majikan yang menggajikan lima orang pekerja atau lebih.

Manakala majikan yang menggajikan kurang daripada lima orang pekerja, tarikh kuatkusa akan bermula pada 1 Ogos 2025.

Hal ini bagi memastikan majikan diberi tempoh yang mencukupi untuk melakukan penyesuaian dalam struktur gaji dan operasi syarikat masing-masing.

Majikan wajib patuh arahan KESUMA

image is not available
Gambar Hiasan

KESUMA menegaskan semua majikan wajib untuk mematuhi Perintah Gaji Minimum dan memastikan pekerja mereka menerima gaji pokok tidak kurang daripada RM1,700 sebulan. 

Kegagalan majikan untuk mematuhi Perintah Gaji Minimum ini merupakan satu kesalahan dan boleh didenda sebagaimana diperuntukkan di bawah Akta Majlis Perundingan Gaji Negara 2011 (Akta 732).

RM1,700 bukan penanda aras gaji permulaan

image is not available
Gambar Hiasan

Menurut KESUMA, pekerja harus diberikan gaji yang setimpal berdasarkan kemahiran mereka. 

Gaji minimum tidak sepatutnya dijadikan penanda aras gaji permulaan kepada semua pekerja khususnya siswazah.

Selain itu, Gaji Minimum ini juga merupakan salah satu pendekatan besar KESUMA dalam meningkatkan pendapatan kaum pekerja selain pelaksanaan Dasar Gaji Progresif dan usaha merancakkan latihan kemahiran sebagai kaedah meningkatkan keberhasilan dan gaji pekerja.

#OhmediaNasihat

Harap Majikan mengambil perhatian supaya setiap pekerja korang tidak terlepas dari mendapat Gaji Minimum yang telah ditetapkan oleh kerajaan.

image is not available

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook.
Rujukan kami: KESUMA


The post

appeared first on

.