Perisian Kemaskini Alat Kawalan PlayStation DualSense Dikenali Sebagai PlayStation Accessories

TechnologyDigital
28 Aug 2024 • 5:24 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Jika anda menggunakan aksesori kawalan permainan PlayStation DualSense pada komputer anda, anda pasti juga telah memuat-turun aplikasi mengemaskini perisian pemandu yang dinamakan “Firmware Updater for DualSense Wireless Controller“.

Kini, Sony telah mengemaskini nama perisian tersebut kepada PlayStation Accessories yang lebih mudah disebut dan diingat. Fungsi perisian tersebut tidak berubah daripada sebelum ini, tetapi jika anda menggunakan alat kawalan PlayStation DualSense Edge yang lebih premium, ia kini ditambah dengan ciri-ciri baru.

image is not available

Untuk alat kawalan DualSense Edge, pengguna juga boleh mengubah tetapan butang picu R2 dan L2, tetapan butang-butang muka, mengubahsuai sensitiviti kayu ria dan juga kekuatan gegaran pada alat kawalan. Profil alat kawalan juga boleh ditetapkan melalui perisian yang dikemaskini ini.

Buat masa ini, perubahan tetapan alat kawalan ini hanya terhad kepada DualSense Edge sahaja. Untuk alat kawalan DualSense biasa, aplikasi ini hanya akan mengemaskini perisian pemandu sahaja.