
Menjadi seorang penggali kubur bukanlah sesuatu yang mudah, individu yang melakukan kerjaya itu perlu mengambil masa berjam-jam untuk menggali tanah sehingga kedalam tujuh kaki.
Tidak hanya itu, seorang penggali kubur juga perlulah mempunyai semangat yang kuat bagi menghadapai perkara-perkara mistik semasa sedang bertugas.
Malah, mereka juga perlu berhadapan dengan sesuatu benda yang boleh mengganggu semasa proses menggali kubur dilakukan.
Tular lelaki jumpa sesuatu semasa gali kubur
Seperti baru-baru ini tular di media sosial satu video yang memaparkan seorang penggali kubur menemui sesuatu yang dianggapnya pelik.
Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok miliknya (@jimy_366), benda terbabit ditemui lelaki itu semasa dia sedang menggali kubur.
“Tengah gali kubur tiba-tiba kita jumpa barang pelik, benda apa tak tahu,” katanya di dalam video.
Objek pelik berbentuk bulat seakan sedang berbungkus?
Lelaki terbabit turut merakam benda yang ditemuinya itu secara lebih dekat yang kelihatan jelas seakan sobjek berbentuk bulat dan berbungkus.
Bagaimanapun, barangan terbabit sukar itu dikenali pasti berikutan ia masih diselaputi tanah di dalam liang lahad terbabit.
Sementara itu, lelaki terbabit juga menyatakan mengenai pengalamannya sepanjang menjadi penggali kubur telah menemui pelbagai benda-benda yang aneh.
Netizen beri pelbagai reaksi, siap ada yang dakwa itu periuk api
Memindai ke ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial memberi pelbagai reaksi setelah melihat video tersebut.
Segelintir orang mendakwa barangan terbabit merupakan periuk api yang ditanam ketika zaman negara dijajah Jepun dahulu.
Tidak kurang juga netizen yang mendakwa pelbagai barangan lain termasuk uri bayi yang ditanam.




