Perjalanan Pulang Berakhir Tragedi, Guru Besar Maut Kereta Terbabas Dan Terbakar

LocalCars
30 Jul 2025 • 12:55 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Perjalanan pulang seorang guru selepas melawat abangnya berakhir dengan tragedi apabila beliau maut dalam kemalangan di jalan utama berhamiran Sekolah Kebangsaan (SK) Guai, di sini petang Selasa.

Kereta dipandu guru besar hilang kawalan

image is not available

Foto: FB Info-info semasa

Menurut laporan Sinar Harian, dalam kejadian kira-kira jam 6.30 petang itu, mangsa, Mohd Sabri Bakar, 59, yang bertugas sebagai Guru Besar di SK Durian Hijau, Jerantut, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Bera, Superintenden Zulkiflee Nazir berkata, siasatan awal mendapati kemalangan melibatkan sebuah kereta jenis Proton Preve yang dipandu mangsa dari arah Jambatan Guai menuju ke Kampung Guai.

image is not available

Foto: Sinar Harian

“Setibanya di lokasi kejadian, kenderaan dipandu mangsa dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas ke bahu jalan dan terbakar sehingga 80 peratus.

“Mangsa sempat dikeluarkan oleh orang awam namun disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya.

image is not available

Foto: Sinar Harian

Menurut beliau, siasatan lanjut masih dijalankan dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Kenderaan terbabit akan dihantar ke Puspakom untuk pemeriksaan, manakala proses bedah siasat dijadualkan pada Rabu di Hospital Bera.

Orang ramai yang mempunyai maklumat atau menyaksikan kejadian diminta tampil bagi membantu siasatan.

Sumber: Sinar Harian (Rosilawati Rosedi)