Perjelas Beza Batik Malaysia & Indonesia, Pemandu Pelancong Speed Undang Amarah Netizen Seberang

18 Sep 2024 • 3:28 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Pemandu pelancong kepada penstrim atas talian dari Amerika Syarikat (AS), IShowSpeed atau Speed undang amarah selepas menjelaskan kepada pempengaruh itu perbezaan antara pakaian batik Malaysia dan Indonesia.

Menerusi satu hantaran di X, AffanIbnani telah memuat naik satu video memaparkan Speed yang sedang mencari tahu tentang asal-usul pakaian batik.

Pemandu pelancong Speed undang amarah netizen Indonesia

image is not available

Sebelum ini, Speed atau nama sebenarnya Darren Jason Watkins Jr. telah menerima pakaian batik daripada peminatnya di Malaysia yang berkata itu merupakan pakaian rasmi negara ini.

Bagaimanapun, Speed berasa ragu-ragu dengan asal-usul pakaian tersebut dan mengambil keputusan untuk mencari maklumat menerusi Google.

Speed kemudian mendapati batik berasal dari Indonesia, lalu tergelak kebingungan kerana peminatnya mendakwa pakaian tersebut pakaian tradisional Malaysia.

Susulan itu, pemandu pelancong Speed yang dipercayai dari Malaysia menjelaskan batik negara ini mempunyai perbezaan berbanding batik di Indonesia.

image is not available

“Batik ada dua jenis, yang peminat kamu bagi bermotif flora. Motif flora ni berasal dari Malaysia. Batik Indonesia pula bermotifkan fauna,” kata pemandu pelancong Speed.

Pemandu pelancong itu kemudian meminta Speed untuk mencari foto batik dari Malaysia dan Indonesia dan membuat bandingan kedua-dua pakaian tersebut.

Namun begitu, Speed jelas tidak berpuas hati terhadap jawapan pemandu pelancongnya itu dan sekali lagi mencari asal pakaian batik di Google.

image is not available

Bagaimanapun, Speed sekali lagi mendapat jawapan berbeza daripada Google lalu berputus asa untuk mencari asal pakaian batik.

“Saya tak tahu, dia kata lain,” ujar Speed sambil tertawa kebingungan.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga Indonesia meluahkan rasa berang terhadap pemandu pelancong Speed kerana menyatakan batik berasal dari Malaysia.

Dorang ni sengaja nak buat warga Indonesia marah

image is not available

Batik tu datang dari bahasa Jawa

image is not available

Batik Indonesia dikata macam haiwan??

image is not available

Dalam pada itu, terdapat beberapa warga Malaysia yang menjelaskan bahawa negara ini dan Indonesia mempunyai batik yang berbeza dari segi motifnya.

Batik ni khazanah nusantara, raikan perbezaan kita

image is not available

Orang Indo ni tak belajar pengetahuan am ke?

image is not available

Pelik-pelik je Indonesia ni

image is not available

Namun, warga Indonesia jelas-jelas tidak bersetuju dengan kenyataan dari warga Malaysia, malahan mengecam kenyataan mereka itu.

Korang kenapa? Halusinasi ke?

image is not available

Kenapa tak nak mengaku batik dari Indonesia??

image is not available

Tapi, tak kisahlah batik ni dari mana, eloklah kita sebagai jiran saling berkongsi budaya….

Sumber: X AffanIbnani