
KUALA LUMPUR: Kerajaan meluluskan peruntukan tambahan sebanyak RM50 juta bagi memperluas konsep Rahmah yang diusahakan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata peruntukan tambahan itu membolehkan kementerian memastikan rakyat di setiap Dewan Udangan Negeri (Dun) seluruh negara mendapat manfaat daripada konsep berkenaan.
“Saya mahu perjuangan Rahmah ini diperluaskan...kementerian ada mengusulkan kalau boleh kita perluas di kawasan Dun, saya akan pastikan untuk menyegerakan pelaksanaan ini berperingkat dan kita luluskan tambah RM50 juta.
Kita lakukan ini kerana ia menyentuh secara langsung golongan berpendapatan rendah kerana tidak ada makna bicara soal rahmah, tiada makna bicara soal perjuangan, tiada erti bicara soal ihsan, belas kasihan dan prihatin kalau soal makanan mereka (rakyat) pun tidak terjamin,” katanya.
SPONSORED CONTENT K.T.I. achieves RM140 million sales Kota Kinabalu: K.T.I. Sdn Bhd’s The Logg, Luyang has launched Easy Care, its brand-new hospitality initiative, which aims to elevate the living experience by providing an all–in-one care to its residents at Shorea n Astoria. Read more Beliau berkata demikian dalam ucapan pada majlis penutupan Hari Pengguna Kebangsaan 2023 di Pavilion Bukit Jalil, di sini hari ini.


