Perkahwinan Mewah Anak CEO Air Asia Jadi Bualan, Siap Jemput Brian Westlife!

Entertainment
22 Nov 2023 • 10:10 AM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

image is not available

Baru-baru ini, tular di media sosial mengenai perkahwinan mewah anak tunggal kepada Bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Air Asia, Pin Harris iaitu Ryan Harris bersama pasangannya, Gwen Ashley di Grand Ballroom Hotel The Westin Surabaya, Jawa Timur pada Sabtu lalu.

Mana tidaknya, selain perkahwinan yang didakwa telah mengeluarkan kos sehingga jutaan ringgit, pasangan terseb ut telahg menjemput tiga penyanyi antarabangsa popular iaitu bekas anggota boyband Westlife, Brian McFadden, Keith Duffy dari boyzone dan Nicole Scherzinger sebagai penghibur.

Perkahwinan anak CEO Air Asia

image is not available

image is not available

Bukan itu sahaja, artis Indonesia seperti Raisa, Via Vallen dan Afgan turut hadir bagi memeriahkan hari bahagia tersebut di hadapan tetamu lain.

Suasana majlis perkahwinan itu juga dihiasi dengan mewah seperti kereta ferrari dilengkapi dengan bunga mawar, dikelilingi bunga segar dan seramai 2,000 tetamu diberikan piring jenama mewah terkenal dunia, Hesmes.

image is not available

image is not available

Malah, tetamu juga telah diberi pesanan dalam kad jemputan supaya tidak membawa sebarang hadiah wang sebagai tanda selamat buat perkawinanan mereka.

Difahamkan, Ryan Harris berusia 39 tahun manakala Gwen Ashley berusia 19 tahun dan pasangan tersebut akan berbulan madu ke Maldives.

image is not available

Sumber: Liputan6