Perkakasan Audio Premium Tivoli Audio Kini Ditawarkan Di Pasaran Tempatan Pada Harga Permulaan RM1099

TechnologyDigital
8 May 2024 • 3:07 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Tivoli Audio, jenama perkakasan audio premium dari Boston, Massachusetts di Amerika Syarikat kini sudah mula menawarkan produk-produk mereka di pasaran tempatan melalui pembekal kelengkapan audio tempatan Nove Marketing.

image is not available

Perkakasan-perkakasan Tivoli Audio menggabungkan rekaan kontemporari dan moden bersama-sama dengan kualiti audio kelas bangsawan untuk memberikan pengguna pengalaman audio yang terbaik, tidak kira produk mereka yang anda gunakan.

image is not available

Sebagai pengenalan, sebanyak 13 produk Tivoli Audio dibawa masuk ke pasaran tempatan, termasuklah pembesar suara dari siri Tivoli Audio CLASSIC Collection, ART Collection dan SongBook Collection yang terdiri daripada model-model menarik seperti Tivoli Audio SongBook MAX, Tivoli Audio Model Two Digital, Tivoli Audio Model Three BT, Tivoli Audio PAL BT dan sebagainya.

image is not available

Produk-produk audio Tivoli Audio kini boleh dibeli di pasaran tempatan secara atas-talian melalui laman web Nove Marketing, laman web Shopee, Lazada, PGMall dan TikTok. Sebagai contoh, Tivoli Audio Model One BT dijual pada harga RM1099, manakala Tivoli Audio SongBook MAX ditawarkan pada harga RM3499.