“Perkara Ni Dah Melampau” – Shahrol Shiro Beri Teguran Secara Terbuka, Dakwa Harith Iskander Buat Lawak Persenda Agama

LocalEntertainment
20 Jan 2025 • 3:49 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Pelawak, Shahrol Shiro tampil memberi teguran secara terbuka kepada pelawak, Harith Iskander yang didakwa telah menjadikan agama sebagai satu bahan jenaka sekaligus membuka ruang kepada netizen untuk turut serta mempermainkan perkara tersebut.

Shahrol atau nama penuhnya Shahrol Azizie Azmi berkata, seorang pelawak perlu ada batasan dan sensitiviti dalam berjenaka.

image is not available

Sebagai pelawak, tidak semua sudut pandang boleh dijadikan bahan lawak kita. Adakala kita patut sensitif lebih-lebih lagi melibatkan agama.

 

Apabila saudara Harith Iskander membuka ruang agama dijadikan satu bahan yang boleh dipersendakan, maka pengikut juga akan ikut serta dengan meninggalkan komentar mempersenda agama yang melampau.

image is not available

Susulan itu, Shahrol memaklumkan dia bakal membuat laporan polis terhadap seorang individu yang meninggalkan komen yang dianggap keterlaluan.

Perkara ini sudah melampau dan satu laporan polis akan dibuat mengenai perkara ini.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Shahrol Azizie Azmi (@shahrol_shiro)

Sebelum ini, Harith Iskander memuat naik satu hantaran di Facebooknya memaparkan satu minuman yang bernama ‘Ham Sap Kopi’.

Isu ini mula timbul apabila dia mula membuat jenaka dengan mengatakan imannya tergugat dan dia keliru adakah kopi tersebut untuk diminum atau dimakan oleh kerana nama kopi tersebut mempunyai perkata ‘ham’.

Selain itu, kami kongsikan pautan artikel lain yang menarik di bawah.

image is not available 6 months ago

Didakwa Curang Dengan Model Jadi Punca Cerai, Harith Iskander Tampil Jawab - “Saya Rasa Ada Pihak Ingin...”

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved