Perkasa konsep ‘Satu Doktor, Satu Keluarga’? Netizen suruh KKM selesaikan dulu masalah kekurangan staf

LocalHealth & Fitness
7 Jul 2025 • 11:24 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mahu memperkasakan semula konsep ‘Satu Doktor, Satu Keluarga’ untuk memudahkan setiap keluarga mempunyai seorang pegawai perubatan yang dikenali, dipercayai, dan mudah diakses.

Menurut laporan Astro Awani, Menterinya Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berpandangan konsep tersebut merupakan satu langkah ke hadapan yang akan menjamin sektor kesihatan negara berada dalam situasi yang mampan.

Satu Doktor, Satu Keluarga

image is not available

“Kita mahukan komitmen yang utuh, institusi keluarga, untuk kita anjurkan dan budayakan, akhirnya nanti satu aspirasi ke arah ‘Satu Doktor, Satu Keluarga’ dan ia benar-benar harapan dan impian (dalam) aspek kesihatan keluarga.

“Saya yakin kita mahu pastikan setiap keluarga di Malaysia mempunya seorang doktor yang benar-benar mengenali, dipercayai dan mudah diakses oleh setiap keluarga…saya percaya polisi ini merupakan satu langkah ke hadapan,” katanya.

Pun begitu, beliau tidak menjelaskan secara terperinci berkaitan pelaksanaan dasar tersebut namun akui, ia akan mengambil masa yang lama untuk direalisasikan.

Beliau berkata demikian semasa menyampaikan ucap tama di Hari Doktor Keluarga Sedunia 2025 (WFDD) FitCPR Run yang dianjurkan oleh Persatuan Pakar-Pakar Perubatan Keluarga Malaysia (FMSA) dan Akademi Doktor Keluarga Malaysia (AFPM) di Akademi Perubatan Malaysia, semalam.

image is not available

Turut hadir Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam), Dr. Ismuni Bohari dan Pengarah Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga, Datuk Dr Norsiah Ali.

Dr Dzulkefly turut menyertai acara latihan bantuan pernafasan (CPR) komuniti terbesar (FitCPR) iaitu satu kaedah latihan pantas melalui modul 5T yang dbangunkan dengan kerjasama Klinik As-Salam dan Salam Edumed bersama Universiti Kebangsaan Malaysia.

image is not available

Selesaikan dulu masalah kekurangan staf di hospital, klinik

Bagaimanapun, rata-rata netizen memohon KKM untuk menyelesaikan terlebih dahulu masalah kekurangan staf di hospital dan klinik kerajaan bagi menambah baikkan perkhidmatan.

image is not available image is not available

Jaga dulu kebajikan staf KKM!

image is not availableimage is not available

Dalam perkembangan lain, beliau menjelaskan Rang Undang-Undang (RUU) Akta Penjagaan Pra-Hospital bertujuan melindungi orang awam untuk menghulurkan bantuan semasa situasi kecemasan.

“Sasaran dan harapan adalah menghidupkan, membudayakan dalam Kerajaan Madani budaya ehsan di mana setiap individu bertindak segera apabila melihat situasi kecemasan seperti serangan jantung, jadi CPR merupakan satu langkah yang mustahak,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan RUU tersebut dijangka akan dibentangkan pada 2026.

Sumber: Astro Awani (Seth Akmal)