Perkasa undang-undang syariah, hukuman sebat di khalayak ramai sejajar perintah Allah

LocalPolitics
27 Dec 2024 • 6:04 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Hukuman sebat terhadap tukang rumah yang melakukan kesalahan khalwat berulang kali membuktikan komitmen kerajaan Terengganu dalam memperkasakan undang-undang syariah.

Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man di laman Facebooknya, beliau berkata pelaksanaan hukuman sebat di khalayak ramai itu bertujuan untuk mendidik masyarakat, sejajar dengan perintah Allah SWT.

Perkasa undang-undang syariah

“Hukuman ini termasuk dalam takzir, di bawah bidang kuasa negeri, dan dilaksanakan mengikut prinsip Maqasid Syariah serta kaedah sebatan mengikut kaedah Islam.

“Semoga negeri Terengganu, kepimpinannya, dan seluruh rakyatnya sentiasa diberkati Allah SWT,” katanya.

Terdahulu, pesalah Mohd Affendi Awang, 42, selesai menjalani hukuman sebat sebanyak enam kali di masjid Masjid Al-Muktafi Billah Shah.

Perkasa undang-undang syariah

image is not available

image is not available

Difahamkan, sebatan syariah yang hanya mengambil masa dua minit dilaksanakan pegawai sebat daripada Penjara Marang, Terengganu.

Seramai 90 individu termasuk Exco kerajaan negeri turut menyaksikan pelaksanaan sebatan yang diadakan di Dewan ‘AAsim masjid berkenaan.

image is not available

Sumber: Facebook @Tuan Ibrahim Tuan Man