Perkasa usaha tingkat keterjaminan makanan, tuai padi dua kali setahun

10 Nov 2023 • 4:29 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available
1

SHAH ALAM, 10 NOV: Sebanyak RM40 juta akan diperuntukkan dengan kerjasama Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) untuk mempertingkatkan bekalan makanan.

Dato’ Menteri Besar berkata PKPS akan mengguna pakai kaedah penanaman padi yang meningkatkan hasil penuaian sehingga dua kali setahun ke kawasan lain di Selangor supaya keterjaminan makanan dapat ditingkatkan.

“Turut dilaksanakan pembangunan projek klusterisasi tanaman dan produk hiliran bagi setiap daerah di Selangor untuk mempelbagaikan bekalan makanan seperti kelapa, padi, pisang, melon, dan sayuran sekali gus mengurangkan kebergantungan kepada import makanan,” kata Dato’ Seri Amirudin Shari ketika membentangkan Belanjawan Selangor 2024 hari ini.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved