
Kota Kinabalu: Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (Usia) disaran melaksanakan transformasi sesuai dengan tuntutan semasa menerusi pendekatan yang lebih berkesan, khususnya dalam berdakwah.
Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Mohd Noor berkata, ia sejajar dengan usaha menyegarkan kembali pertubuhan itu menerusi Pelan Strategik Pembugaran Usia sekali gus menjadikan pelan itu garis panduan dalam mengemudi gerakan dakwah yang lebih sistematik, sesuai dengan tuntutan era digital semasa.
“Pelan Strategik Pembugaran Usia ini akan menjadi suatu dimensi baharu bagi Usia untuk meningkat dan memperkasakan semula peranannya terutama dalam gerakan dakwah seperti yang telah dilakukan di awal-awal tahun pembentukannya.

