Perkayatim dibubar, Daud serah baki simpanan kepada Sadaqa House

LocalBusiness & Finance
29 Aug 2026 • 5:31 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Perkayatim dibubar, Daud serah baki simpanan kepada Sadaqa House

KUALA LUMPUR – Selepas lebih tiga dekad berperanan membantu anak-anak yatim, Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim (Perkayatim) Wilayah Persekutuan dibubarkan berikutan kekangan petugas sukarela bagi menggerakkan pertubuhan itu.

Susulan itu, Perkayatim yang dipengerusikan oleh Pengerusi Eksekutif Andalusia Travel & Tours (Andalusia), Datuk Daud Che Ngah menyerahkan baki simpanan yang ada kepada Sadaqa House di bawah naungan Bank Islam.

Sebanyak RM602,894.58 diserahkan kepada Ketua Pegawai Syariah Kumpulan Bank Islam Nazri Chik pada satu majlis di auditorium Andalusia semalam.

Daud berkata Perkayatim pada peringkat awal berpusat di Tabung Haji (TH) ketika beliau masih bersama TH dan mendapat sokongan TH yang turut memberi sumbangan dan sokongan sukarela kakitangan untuk menggerakkan Perkayatim.

Selepas bersara dari TH, beliau membawa bersama Perkayatim ke Andalusia dan berikutan beberapa kekangan khususnya petugas, Perkayatim memutuskan untuk menamatkan operasi.

Menurut Daud, dianggarkan lebih 10,000 anak yatim mendapat manfaat dalam pelbagai aktiviti kebajikan dan pendidikan golongan anak yatim.

Dalam pada itu Daud menjelaskan pembubaran Perkayatim diluluskan oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) mengikut Fasal 19 – Pemansuhan Persatuan.

Pembubaran perlu mendapat persetujuan lebih kurang 3/5 bilangan ahli yang berhak mengundi, melalui kehadiran mesyuarat agung atau diundi melalui pos.

Perkayatim juga sebelum dibubarkan mesti melakukan penyelesaian penuh semua hutang dan tanggungan sah serta wang lebih didermakan kepada pihak diluluskan oleh mesyuarat agung.

Daud berharap, baki dana Perkayatim yang diserahkan kepada Sadaqa House dapat terus dimanfaatkan untuk membantu mereka yang memerlukan melalui saluran yang lebih tersusun dan diyakini.

Sadaqa House juga berperanan membantu anak-anak yatim dalam bidang pendidikan. – UTUSAN

The post Perkayatim dibubar, Daud serah baki simpanan kepada Sadaqa House appeared first on Utusan Malaysia.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved