Berikut perkembangan kes pelajar perempuan Tingkatan Empat maut yang ditikam seorang pelajar lelaki 14 tahun yang kini belajar di Tingkatan Peralihan dalam kejadian di SMK Bandar Utama Damansara (4) di Petaling Jaya, Selangor.

Beberapa foto tular di media sosial menunjukkan nota dan senjata yang digunakan.
Mangsa Ditikam Beberapa Kali Di Tandas Sekolah
Dalam video terdahulu oleh Buletin TV3, difahamkan pelajar perempuan itu mengalami beberapa tikaman di bahagian badan. Kejadian berlaku di tandas sekolah, di mana pelajar perempuan itu cuba untuk bersembunyi namun gagal.
Menurut saksi dalam laporan Berita Harian, rakan kepada mangsa yang berada berhampiran segera berlari mendapatkan guru disiplin untuk meminta bantuan.
“Guru itu kemudian bergegas ke tandas dan cuba menendang pintu. Selepas beberapa kali cubaan, akhirnya pintu berjaya dipecahkan, tetapi budak lelaki itu melarikan diri dan mula mengejar pelajar lain sambil memegang pisau,” katanya.
Katanya lagi, suasana menjadi panik apabila pelajar lelaki itu meluru masuk ke beberapa bilik darjah Tingkatan Satu dengan tangannya masih memegang senjata yang berlumuran darah.
“Dia berlari masuk ke dalam kelas dan semua orang mula menjerit serta berlari keluar. Bajunya penuh dengan darah,” katanya.
Kekecohan itu hanya berakhir apabila abang kepada suspek dan beberapa guru berjaya menahannya serta merampas pisau berkenaan.
“Abangnya berjaya merampas pisau itu selepas bergelut dengannya. Guru-guru pula cuba menenangkannya,” kata saksi itu.
Beliau turut memaklumkan suspek direman tujuh hari bermula hari ini hingga 21 Oktober bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Kronologi Kes Pelajar Ditikam
14 Oktober 2025
- Pelajar perempuan 16 tahun ditemui maut ditikam beberapa kali dalam tandas sekolah di Bandar Utama, Petaling Jaya.
- Suspek ialah rakan sekolah lelaki, berusia 14 tahun.
Sebelum kejadian
- Suspek dipercayai mempunyai perasaan terhadap mangsa.
- Tekanan emosi dan akademik dipercayai punca kemarahan suspek.
- Dalam kelas peperiksaan, suspek minta izin ke tandas dan tidak kembali selepas 30 minit.
Semasa kejadian
- Mangsa ditikam dalam tandas perempuan.
- Pelajar lain panik; ada yang cuba menenangkan suspek, termasuk abangnya sendiri.
- Suspek berjalan sekitar sekolah dengan tangan berlumuran darah sambil menjerit, “Aku b*nuh seseorang!”
Selepas kejadian
- Polis rampas dua senjata tajam digunakan dalam serangan.
- Bedah siasat mangsa dijalankan.
- Proses bedah siasat selesai dilakukan di Jabatan Patologi, Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) malam tadi.
15 Oktober 2025
- 7.30 pagi : Jasad pelajar perempuan yang maut akibat ditikam di sebuah sekolah menengah di Petaling Jaya, semalam telah dituntut oleh keluarga mangsa.
- 9.00 pagi: Suspek dibawa ke Mahkamah Petaling Jaya untuk permohonan reman.
‘Nota’ Ditinggalkan Suspek Tular
Nota dengan tulisan ‘dunia ini palsu’ yang ditinggalkan oleh suspek kini turut tular di pelbagai platform media sosial.
Memetik dari Kosmo Online, Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar, berkata surat itu ditemui ketika tangkapan dan pemeriksaan awal terhadap suspek lelaki berusia 14 tahun berkenaan.
“Surat itu ditemui pada suspek semasa tangkapan dan bukannya di dalam tandas (lokasi pembunuhan). Ia (surat) itu dalam siasatan pegawai penyiasat,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
“Nota berkenaan kini sedang disiasat oleh pegawai penyiasat,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, di sini hari ini.
Nota itu yang tular di media sosial mengandungi ayat, ‘Dunia ini palsu. Saya sudah menang’

Sementara itu, seorang lagi pelajar mendakwa dia terdengar suspek berbisik kepada rakannya dengan mengatakan ‘you see later, what happen’ (awak lihat nanti, apa yang akan berlaku) ketika mereka sedang berkumpul sebelum masuk ke kelas.https://t.co/foC565J5cV
— BuzzKini (@BuzzKini) October 15, 2025
Berdasarkan terjemahan Gambar 1 dan Gambar 2 dari ChatGPT yang dikongsikan di pelbagai platform media sosial, berikut adalah maksudnya:
Gambar 1 (halaman pertama):
Dunia ini palsu
Semua orang di dunia ini bukan sebenar
Mereka semua adalah watak permainan (NPC)
Dunia ini sudah tamat! Hahaha!
(Bahagian hitam dipadam)
Dunia ini ialah dunia permainan
Saya dan rakan saya akan keluar dari dunia ini
(Bahagian bawah ada senarai nama seperti “Eric Harris”, “Dylan Klebold”, dll — nampaknya rujukan sejarah yang berbahaya)
Di bawah tertulis:
Nama pengguna: CHSx811122
Kata laluan: CHSx811122
Saya sudah menang! (“I win!”)
Gambar 2 (halaman kedua):
Kamu semua sudah mati!
ZERO DAY!
Semua orang di sekolah dan masyarakat ini hanyalah watak rekaan (NPC).
Senjata Dibeli Secara ‘Online’ – KP Selangor
Dalam perkembangan terkini, BH TV melaporkan bahawa suspek disyaki ‘secret admirer’ mangsa dan tidak pernah meluahkan perasaan terhadap mangsa.
Ketua Polis Selangor berkata bahawa kedua-dua remaja itu dipercayai tidak berinteraksi antara satu sama lain kerana mereka berlainan usia dan kelas.
“Setakat ini, tiada unsur buli dikesan dalam kejadian ini. Polis memandang serius insiden ini dan minta semua pihak termasuk sekolah serta masyarakat untuk bersama memastikan keselamatan pelajar sentiasa terpelihara,” katanya.
Polis mengesahkan suspek kes tikam pelajar perempuan tingkatan empat di sebuah sekolah di Petaling Jaya membeli senjata (pisau) yang digunakan dalam kejadian itu secara dalam talian.
Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar turut memaklumkan hasil bedah siasat yang dijalankan malam tadi mendapati mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kesan tikaman berganda.





Kredit gambar / sumber : Aisya Yatim Berita RTM
Semalam, Kementerian Pendidikan (KPM) juga telah mengadakan satu sidang media khas bagi menjelaskan kes tersebut.
Sidang media itu dikendalikan Ketua Pengarah Pendidikan, Dr Mohd Azam Ahmad berlangsung di ibu pejabat KPM di Putrajaya.
Kementerian Pendidikan (KPM) juga telah menubuhkan satu jawatankuasa khas bagi memastikan semua aspek terkait insiden pelajar maut ditikam di sebuah sekolah di Selangor dapat disiasat secara tuntas, telus dan adil.
Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, kes itu kini sedang berada dalam siasatan pihak berkuasa.

Elak Menuding Jari, Semua Pihak Perlu Bekerjasama
Kejadian ini tentunya mengejutkan rakyat Malaysia, terutamanya ibu bapa. Terkini, Dr Asyraf Wajdi turut mengulas serba sedikit tentang isu ini.
@drasyrafwajdi TRAGEDI MENYAYAT HATI Saya amat tersentuh membaca berita kematian pelajar perempuan tingkatan 4 yang ditikam oleh pelajar tingkatan 2 di Petaling Jaya. Baru saja kita dikejutkan dengan kes rogol beramai-ramai di Melaka dan paling membimbangkan semuanya dilakukan oleh pelajar sekolah. Terlalu banyak tragedi sebegini kebelakangan ini. Ia bukan lagi isu disiplin semata-mata, tapi tanda rapuhnya nilai dan akhlak generasi muda. Sudah tiba masanya kita bertindak secara holistik, semua pihak ibu bapa, guru dan masyarakat perlu bersama membina semula asas pendidikan jiwa. Segalanya bermula di rumah. كَيْفَ يَسْتَقِيْمُ الظِّلُّ وَالعُوْدُ إِعْوِجَاجًا “Bagaimana mungkin bayangan lurus, jika batangnya bengkok.” MerakyatkanMARA HidupKuMilikUmmah HidupBiarBerjasa
♬ original sound – Dr. Asyraf Wajdi Dusuki – Dr. Asyraf Wajdi Dusuki
Dalam video terkini beliau di Tiktok, Dr Asyraf menyeru supaya kita semua melakukan satu tindakan holistik dan drastik. Menurut beliau, ibu bapa juga memainkan peranan penting di samping guru-guru di sekolah.


