Perkenal visa khas untuk pelabur asing: Masiung

8 Sep 2023 • 4:27 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

Kota Kinabalu: Kerajaan Negeri Sabah disaran memperkenalkan 'visa khas' kepada pelabur asing supaya membina lebih banyak pangkalan industri di negeri ini.

Membuat saranan itu, Pengerusi Borneo Cement (Sabah) Sdn Bhd, Datuk Masiung Banah (gambar), berkata ia adalah sebagai langkah drastik untuk meningkatkan ekonomi negeri ini.

Selain skim 'visa khas' kerajaan negeri juga boleh menawarkan untuk pengurangan cukai perkhidmatan kepada pelabur asing dalam tempoh tertentu, katanya.

“Jaringan itu ada kewajarannya bagi membuka ruang lebih luas kepada pelabur dan sektor korporat asing supaya menjadikan Sabah sebagai lubuk emas menerusi pelan pelaburan strategik jangka panjang.

SPONSORED CONTENT Daily Express members: Enjoy 1 for 1 signature cocktails and more at Hyatt Centric Kota Kinabalu Kota Kinabalu: DAILY EXPRESS is partnering with Hyatt Centric Kota Kinabalu to offer an exclusive deal for our members. Read more “Kita cadangkan, supaya Kerajaan Negeri menggunakan kuasa autonomi menawarkan syarat permit kediaman kepada pelabur asing antara lima hingga 10 tahun.

Visa lima tahun memerlukan dana pelaburan bernilai RM700 juta ke bawah manakala bagi visa 10 tahun, RM700 juta ke atas, “ katanya dalam kenyataan, pada Khamis.

Pada masa ini, katanya, pemegang visa warga asing yang bekerja di negara ini hanya boleh dilanjutkan dari setahun ke setahun.

“Jika kerajaan Sabah bersetuju dengan cadangan ini, para pelabur dan pemain sektor korporat asing akan mempunyai keyakinan drastik walaupun berlaku ketidaktentuan politik dalam negara atau negeri,” kata Masiung, yang juga Adun Kuamut.

Beberapa negara maju yang telahpun terbukti berjaya menarik minat pelabur asing menerusi skim visa khas termasuk Amerika Syarikat, Ireland, New Zealand dan Sepanyol.

“Terbaharu yang melaksanakan skim itu ialah Singapura dan Indonesia,” katanya.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.