PERKESO kena serangan siber, caruman anda mungkin lewat bayar

Technology
8 Dec 2023 • 12:16 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

3 Disember 2023 Pertubuhan Keselamatan Sosial telah menghantar utusan yang terdapat gangguan Sistem dan Aplikasi sehingga tarikh yang akan dimaklumkan kelak. Ternyata ia bukanlah gangguan berjadual sebaliknya dilaporkan adalah serangan siber.

image is not available

Pada 5 Disember 2023, terdapat pengguna mengutuskan maklumat tentang serangan itu di salah satu forum berkaitan keselamatan dalam talian. Terdapat juga data kakitangan seperti nama dan nombor kakitangan serta e-mel dikongsikan sebagai bukti.

image is not available

Dalam bebenang yang serupa juga, penyerang mengutuskan salinan video telesidang dalaman yang membincangkan perihal serangan tersebut.

image is not available

Dikatakan yang serangan dikesan bermula sekitar 8 malam 2 Disember 2023 kerana terdapat akaun Office365 kakitangan yang dikunci. Setakat 5 Disember 2023, mereka dalam proses memulihkan rangkaian yang telah ditutup untuk meminimumkan kerosakan.

image is not available

Setakat artikel ini ditulis, masih terdapat beberapa servis PERKESO yang masih tidak berfungsi. PERKESO mencadangkan pembayaran caruman dilakukan secara FPS atapun secara manual di kaunter Pejabat PERKESO di seluruh Malaysia.

Sumber: TheStar, Wiser.my