
MELAKA – Kementerian Sumber Manusia (Kesuma) menerusi Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) memperkenalkan MYFutureJobs Ambassador dalam kalangan mahasiswa bagi me ningkatkan kesedaran mengenai peluang kerjaya serta inisiatif MYFutureJobs.
Pelancaran duta berkenaan turut memperkenalkan ‘Oyen’ sebagai maskot rasmi dalam usaha memperkukuh keterlibatan belia, khususnya pelajar institusi pengajian tinggi (IPT).
Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Ramanan Ramakrishnan berkata, pengenalan MYFutureJobs Ambassador bertujuan untuk memperluaskan lagi pen yampaian maklumat secara lebih dekat dalam komuniti kampus.
Menurut beliau, ia memberi ruang kepada pelajar mendapat pendedahan berkaitan peluang pekerjaan, pembangunan kemahiran dan laluan kerjaya berdasarkan keperluan industri.
“Ini adalah yang pertama dan kita telah lancarkan Oyen sebagai maskot kita. Kita juga telah terangkan peluang-peluang yang disediakan di bawah Kementerian Sumber Manusia berdasarkan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) upskilling dan reskilling.
“Karnival ini memberi ruang kepada mereka bertanya mengenai peluang pekerjaan yang sini kelmarin.
Terdahulu, satu sesi dialog bersama Ramanan yang dihoskan selebriti Amelia Henderson telah diadakan bagi memberi peluang kepada mahasiswa membangkitkan persoalan termasuklah mengenai hala tuju kerjaya, pengangguran dan kebimbangan sukar mendapatkan pekerjaan selepas tamat pengajian.
Ramanan berkata, karnival tersebut mendapat penyertaan lebih 20 majikan dengan menyediakan kira-kira 2,100 peluang pekerjaan kepada pencari kerja.
Katanya, bidang TVET kini bukan lagi pilihan kedua sebaliknya semakin menjadi pilihan utama berikutan peluang kerjaya dan potensi pendapatan yang ditawarkan. Disediakan dalam bidang tertentu dan memberikan peluang kepada pelajar untuk menceburi bidang berdasarkan kemahiran diperoleh,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menyempurnakan Karnival MYFutureJobs LINDUNG Kerjaya di Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), Ayer Keroh di sini kelmarin.
“TVET sekarang bukan pilihan kedua, ia sedang menjadi pilihan nombor satu. Gaji permulaan seperti yang saya katakan RM4,000 dan boleh pergi sehingga RM18,000 malah RM30,000.
“Di bawah Adtec Jabatan Tenaga Manusia (JTM), kadar kebolehpasaran pekerjaan mencapai 95.5 peratus manakala 97.2 peratus majikan berpuas hati dengan mereka, menunjukkan kemahiran yang diberikan menepati kehendak industri,” katanya.
Mengulas lanjut mengenai Oyen, beliau berkata ia adalah pendekatan kreatif bagi menarik perhatian generasi muda terhadap perkhidmatan dan peluang yang ditawarkan melalui MYFutureJobs.
Karnival MYFutureJobs LINDUNG Kerjaya menyediakan akses kepada peluang pekerjaan, pembangunan kemahiran dan bimbingan kerjaya.
Program itu turut menggabungkan Karnival Kerjaya, Bicara Aspirasi Belia, CEO Talk, MYFutureJobs Rovers dan aktiviti e-sukan bagi memberi pendedahan lebih menyeluruh kepada peserta.
Menerusi Karnival Kerjaya, peserta berpeluang mendapatkan padanan pekerjaan secara langsung, menghadiri temu duga terbuka, semakan resume, khidmat nasihat kerjaya dan pendaftaran dan pemprofilan MYFutureJobs. -KOSMO! ONLINE
The post PERKESO perkenal MYFutureJobs Ambassador, ‘Oyen’ jadi maskot rasmi appeared first on Kosmo Digital.



