
SEREMBAN: Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) menyasarkan untuk mencapai sejuta pencarum bagi kategori Orang Bekerja Sendiri (OBS) menjelang akhir tahun ini.
Ketua Pegawai Komunikasi dan Hal Ehwal Korporat Perkeso Roshaimi Mat Rosely berkata setakat 27 Sept lepas, seramai 693,969 individu telah berdaftar sebagai pencarum aktif OBS di seluruh negara.
"Jumlah ini menunjukkan trend peningkatan pencarum baharu yang semakin memberangsangkan," katanya ketika ditemui media pada Majlis Libat Urus dan Jalinan Mesra Perkeso Bersama Media Negeri Sembilan di sini, malam tadi.
Roshaimi juga menjelaskan bahawa jumlah pencarum OBS dijangka akan terus meningkat, terutamanya dengan pelaksanaan Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS) untuk penjaja dan peniaga berlesen yang akan bermula pada 1 Jan tahun depan.
SPONSORED CONTENT The Logg Luyang Honored with Integrated Development Excellence Award at SHAREDA 2024 Kota Kinabalu: Kota Kinabalu, 30th September 2024 – The Logg, a premier development by K.T.I Sdn Bhd, a wholly owned subsidiary of KTI Landmark Berhad., has been awarded the prestigious Integrated Development Excellence Award at the 2024 SHAREDA (Sabah Housing and Real Estate Developers Association) event. Read more Beliau berkata sesi libat urus dengan semua pihak khususnya pihak berkuasa tempatan (PBT) di seluruh negara sepanjang tahun ini akan diadakan bagi meningkatkan kesedaran kepada mereka bekerja sendiri termasuk peniaga serta penjaja.
Roshaimi berkata pihaknya juga giat meneruskan promosi kepada OBS termasuk kepada para pengamal media sambilan bagi meningkatkan kesedaran mencarum dengan Perkeso.
Menurutnya pelbagai inisiatif dapat dimanfaatkan terutamanya mereka berkerja sendiri dengan perlindungan keselamatan sosial jangka panjang yang bersifat komprehensif.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.


