
Pensiangan: Perkhemahan pelajar sekolah rendah sudah terbukti begitu relevan dalam melahirkan serta memupuk semangat dan potensi murid dalam aktiviti kokurikulum di luar bilik darjah.
Mengambil inisiatif daripada matlamat tersebut, Program Perkhemahan Unit Beruniform Bersepadu SK Pekan Pensiangan Komprehensif 9 dan SK Salinatan Pensiangan telah diadakan di sini baru-baru ini.
Program selama empat hari tiga malam itu di Eko Pelancongan Kem Nansalang, Kg Salinatan Pensiangan, melibatkan kira-kira 100 pelajar dan guru dari dua sekolah tersebut.
