Perkhidmatan Awam Komited Laksana Agenda Pembaharuan Dibawa PM Anwar - KSN

LocalPolitics
30 Nov 2022 • 1:55 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Anwar (tengah) pada sesi amanat dan perutusan Perdana Menteri bersama ketua-ketua setiausaha dan ketua perkhidmatan di Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya, semalam. - Gambar dari Facebook Tan Sri Dato' Seri Mohd Zuki Ali, Ketua Setiausaha Negara

PUTRAJAYA - Warga perkhidmatan awam teguh dan komited untuk melaksanakan agenda pembaharuan yang dibawa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim demi kepentingan rakyat dan negara.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali berkata beliau bersama rakan-rakan perkhidmatan awam akan melaksanakan agenda pembaharuan islah iaitu perubahan ke arah kebaikan demi negara.

“Insya-Allah, saya dan rakan-rakan perkhidmatan awam teguh dan komited dalam melaksanakan agenda pembaharuan (islah) yang dibawa oleh YAB Perdana Menteri dalam memastikan tata kelola yang terbaik demi kepentingan rakyat dan negara,” katanya dalam hantaran di Facebook rasminya semalam.

Beliau turut berkongsi gambar sesi amanat dan perutusan Perdana Menteri bersama ketua-ketua setiausaha dan ketua perkhidmatan di Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri di sini.

image is not available
Anwar (tengah) pada sesi amanat dan perutusan Perdana Menteri bersama ketua-ketua setiausaha dan ketua perkhidmatan di Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya, semalam.

Anwar semalam meminta penjawat awam bekerjasama dengan kepimpinan kerajaan bagi membawa perubahan agar negara kembali ke zaman kegemilangannya.

Pada perjumpaan pertamanya bersama warga Jabatan Perdana Menteri di sini hari ini selepas dilantik sebagai Perdana Menteri pada 24 November lepas, Anwar berkata penjawat awam perlu membawa semangat islah iaitu perubahan ke arah kebaikan demi negara. - Bernama