Perkhidmatan dalam talian Tabung Haji dengan Bank Islam kembali beroperasi

LocalBusiness & Finance
14 Oct 2026 • 3:22 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Perkhidmatan dalam talian Tabung Haji dengan Bank Islam kembali beroperasi

PETALING JAYA – Perkhidmatan dalam talian antara Lembaga Tabung Haji (TH) dan Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) kembali beroperasi hari ini.

TH menerusi kenyataan memaklumkan pendeposit kini boleh melakukan transaksi antara kedua-dua institusi itu seperti biasa.

Menurut kenyataan itu, sistem TH juga telah bersedia sepenuhnya untuk menyambung semula perkhidmatan dalam talian dengan bank rakan strategik yang lain.

Bagaimanapun, penyambungan semula perkhidmatan berkenaan masih menunggu pengesahan daripada pihak bank terbabit.

Sementara itu, pendeposit boleh mendapatkan kemudahan transaksi dan perkhidmatan TH yang lain di pejabat cawangan TH.

Perkembangan terkini mengenai penyambungan semula perkhidmatan dalam talian itu akan dimaklumkan dari semasa ke semasa. – KOSMO! ONLINE

The post Perkhidmatan dalam talian Tabung Haji dengan Bank Islam kembali beroperasi appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved