
Perkhidmatan iRakyat Dilapor Alami Gangguan Akses
Perkhidmatan iRakyat dilaporkan sedang mengalami gangguan akses berikutan peningkatan jumlah trafik yang tinggi.
Perkara itu dimaklumkan oleh Bank Rakyat menerusi satu kenyataan mereka di platform X rasmi bank tersebut sebentar tadi.
“Perkhidmatan iRakyat sedang mengalami gangguan akses berikutan jumlah trafik yang tinggi pada masa ini.
“Terima kasih kerana masih setia bersama Bank Rakyat dan ikuti media sosial kami dari semasa ke semasa untuk maklumat lanjut,” tulis kenyataan tersebut.
Bagaimanapun, menerusi perkongsian itu lagi, Bank Rakyat berkata bahawa pelanggan masih boleh meneruskan urusan mereka melalui beberapa alternatif.
Antara alternatif yang boleh dilakukan adalah seperti menyemak baki akaun, pindahan dan pengeluaran di mesin ATM dan pembayaran melalui kad debit di terminal.
Selain itu, pelanggan juga boleh melakukan pengeluaran melebihi RM5,000 di kaunter cawangan Bank Rakyat berdekatan lokasi anda.
Susulan masalah gangguan itu juga, Bank Rakyat turut sempat memohon maaf atas segala kesulitan yang dialami pelanggannya.
Pelanggan yang dihormati,
Perkhidmatan iRakyat sedang mengalami gangguan akses berikutan jumlah trafik yang tinggi pada masa ini.
Terima kasih kerana masih setia bersama Bank Rakyat dan ikuti media sosial dari semasa ke semasa untuk maklumat lanjut.#BankPilihanAnda pic.twitter.com/IlyZz713ok
— Bank Rakyat (@myBankRakyat) February 23, 2024
Sumber: Bank Rakyat
The post Perkhidmatan iRakyat Dilapor Alami Gangguan Akses appeared first on Siakap Keli.
