Perkhidmatan kereta api terjejas, ratusan amaran banjir dikeluarkan selepas ribut landa UK

3 Jan 2024 • 8:34 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

LONDON: Kelewatan pengangkutan akan berterusan pada Rabu walaupun perkhidmatan kereta api kembali beroperasi selepas hujan dan angin kencang disebabkan oleh Ribut Henk melanda sebahagian besar Britain, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Lebih 300 amaran banjir turut dikeluarkan di seluruh England dan Wales pada pagi Rabu manakala 10,000 rumah masih terputus bekalan elektrik.

Rangkaian kereta api United Kingdom (UK) terjejas akibat banjir dan gangguan bekalan elektrik pada petang Selasa, dengan banyak pengendali melaporkan masalah berterusan bagi perjalanan sebelah pagi.

Pengendali kereta api Greater Anglia berkata pihaknya masih mengalami gangguan teruk dengan menasihatkan pengguna untuk mengelak beberapa laluan.

South Western Railway pula berkata gangguan yang dikaitkan dengan ribut itu mungkin berterusan sepanjang hari.

Menurut National Highways beberapa jalan utama di England ditutup.

Sebanyak 330 amaran banjir turut dikeluarkan di seluruh England.

Selain itu sebanyak 140 panggilan berkaitan banjir diterima Perkhidmatan Bomba dan Penyelamat Lincolnshire dalam tempoh 24 jam lepas.

Sementara itu, Energy Networks Association berkata sekurang-kurangnya 10,000 pelanggan terputus bekalan elektrik pada pagi Rabu. -Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved