Perkhidmatan Penstriman Sony Bravia Core Kini Ditawarkan Di Malaysia

TechnologyDigital
23 Jun 2022 • 6:46 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Hari ini siri TV Sony Bravia XR 2022 mula ditawarkan di Malaysia dengan penggunaan panel OLED dan sistem operasi Android TV. Selain televisyen kelas premium ini, Sony Malaysia turut mengumumkan perkhidmatan penstriman Sony Bravia Core turut dilancarkan sekali untuk pengguna tempatan.

image is not available
Sumber : Nextrift

Sony Bravia Core menawarkan penstriman kandungan video pada kualiti setanding 4K Blu Ray iaitu pada kadar 80 Mbps menerusi teknologi Pure Stream. Ini membolehkan kualiti visual yang lebih tinggi dinikmati oleh pelanggan berbanding sekitar 15-25 Mbps pada perkhidmatan penstriman 4K biasa.

image is not available

Malang sekali Bravia Core hanya boleh diakses menerusi televisyen Sony Bravia XR yang terkini dan sekadar boleh menstrim filem di bawah terbina Sony Pictures sahaja. Pembeli Sony Bravia XR di Malaysia akan menerima langganan percuma selama setahun. Harga langganan selepas tempoh percubaan ini masih belum diumumkan oleh Sony Malaysia.