Perkhidmatan Rapid KL Akan Beroperasi Selama 24 Jam Bersempena Sambutan Hari Merdeka

TechnologyDigital
30 Aug 2024 • 2:21 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Bersempena dengan sambutan Hari Merdeka, pihak Rapid KL yang mengendali perkhidmatan awam bas Rapid KL, sistem LRT, MRT, Monorail dan Sunway BRT telah mengumumkan bahawa untuk 30 dan 31 Ogos, perkhidmatan-perkhidmatan ini akan beroperasi selama 24 jam.

Menurut ciapan mereka, kesemua perkhidmatan ini akan beroperasi bermula hari ini, 30 Ogos 2024 dan tidak akan berhenti sehingga 31 Ogos 2024, jam 11.30pm.

Rapid KL turut akan menyediakan 60 bas pengantara dari stesen MRT Putrajaya Sentral untuk ke Dataran Putrajaya bermula 6.00pm, 30 Ogos 2024 sehingga 3.00pm pada 31 Ogos 2024 untuk memudahkan orang ramai menyambut sambutan Hari Merdeka di Putrajaya.

Sembilan buah bas istimewa juga akan disediakan dari stesen Putrajaya Sentral pada 31 Ogos 2024 untuk membolehkan orang ramai melawat pelbagai lokasi-lokasi di sekitar Putrajaya seperti Taman Botani, Marina Putrajaya, pusat membeli-belah Alamanda dan Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya