Perkhidmatan Skype Ditamatkan Hari Ini

TechnologyDigital
5 May 2025 • 6:50 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Microsoft hari ini menamatkan perkhidmatan panggilan video terkemuka Skype selepas membelinya 14 tahun yang lepas. Pengumuman dilakukan oleh Microsoft tahun lalu bahawa perkhidmatan akan ditamatkan pada 5 Mei 2025 dengan pengguna Skype diberikan tempoh 10 minggu untuk memindahkan pelbagai data mereka ke Microsoft Teams.

image is not available

Penamatan operasi Skype telah diramalkan ramai sejak bertahun-tahun sebelum ini lebih-lebih lagi selepas Microsoft Teams dilancarkan. Antara langkah yang telah dilakukan ialah mengurangkan kemas kini Skype dan pengenalan ciri baharu juga semakin berkurangan.

Sebelum 2020, Skype ialah aplikasi telesidang dengan lebih 200 juta pengguna bulanan dengan ia memegang sekitar 32% pasaran. Tetapi semasa pandemik Zoom dan Google Meet menjadi pilihan kerana kemampuan menampung lebih banyak pengguna. Sebelum ditamatkan, Skype mempunyai sekitar 40 juta pengguna bulanan.