Perkongsian ibu Syamsul Yusof curi perhatian -“Saya yang melahirkan kamu…”

LocalEntertainment
19 Aug 2024 • 8:40 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Perkongsian ibu Syamsul Yusof curi perhatian ramai setelah berita pengarah terbabit menfailkan penceraian terhadap isterinya, Ira Kazar tular di media sosial.

Muat naik yang dibuat oleh Datin Patimah Ismail di Instagram itu dibuat tanpa ditujukan kepada sesiapa apabila berkongsi semula hantaran berkenaan kasih sayang seorang ibu.

image is not available

Perkongsian ibu Syamsul Yusof berkenaan kasih sayang seorang ibu

Dalam posting yang dikongsikan semula oleh Datin Patimah, qoutes tersebut menyatakan bahawa seorang ibulah yang melahirkan anaknya dan merupakan cinta pertama mereka serta akan tetap menyayangi walau dalam apa keadaan sekali pun.

“Saya yang melahirkan kamu, saya yang pertama mencintai kamu, saya tetap menyayangi, sentiasa ada dan akan terus ada,” kongsinya.

image is not available

Perkongsian ibu Syamsul Yusof selepas berita anak fail penceraian

Hantaran bekenaan pastinya mencuri perhatian ramai selepas peguam kepada Syamsul Yusof mengesahkan bahawa pengarah berkenaan sah menfailkan cerai terhadap isterinya, Ira Kazar, memetik laporan dari Berita Harian.

Syamsul yang dikatakan sudah lama tidak pulang ke rumah keluarga selepas mendirikan rumah tangga dengan Ira mengejutkan ramai apabila mendakwa tiada persefahaman antara mereka menjadi punca penceraian tersebut difailkan.

“Iya, Syamsul sudah failkan cerai pada jam 2 petang tadi. Alasannya, tiada persefahaman. Nanti saya akan maklumkan maklumat mengenai sebutan seterusnya. Saya akan sahkan tarikh sebutan kemudian.

“Tapi, memang Syamsul sudah failkan (perceraian) petang tadi,” ujar peguam syarie yang mewakili Syamsul, “Azmi Mohd Rais.

image is not available

Sekadar info, Syamsul dan Ira Kazar atau nama sebenarnya,

Faghirah Fatini Kazaruddin berkahwin pada 6 Januari tahun lalu di Selatan Thailand.

Perkara tersebut dinyatakan sendiri oleh pengarah berkenaan di ruangan Instagram apabila memuat naik satu hantaran di platform berkenaan pada Januari tahun lalu.

Sumber: Instagram Datin Patimah Ismail, Berita Harian (Fatin Farhana Ariffin)