Perkosa Kekasih Usia 11 Tahun, Jurukimpal Dijatuhkan Hukuman Penjara Enam Tahun

15 May 2024 • 1:45 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Seorang jurukimpal dijatuhkan hukuman penjara selama enam tahun beserta satu sebatan selepas mengaku bersalah atas dakwaan merogol kanak-kanak perempuan di Bachok, Kelantan dua minggu lalu.

Memetik laporan Kosmo! Online, Mohamad Ikram Irfan Samsudin telah membuat pengakuan itu setelah pertuduhan di hadapan Hakim, Nik Habri Muhamad dibacakan.

image is not available

Foto: Kosmo! Online

Difahamkan, suspek berusia 23 tahun telah merogol seorang kanak-kanak berusia 11 tahun 9 bulan yang juga kekasihnya di sebuah bangunan di Jelawat, Bachok sekitar jam 8.20 malam pada 4 Mei lalu.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Faiz Fitri Mohamad telah meminta kepada mahkamah agar suspek diberikan hukuman setimpal memandangkan kesalahannya merupakan perlakuan seksual terhadap mangsa bawah umur.

image is not available

Foto: Sinar Harian

Sementara itu, memandangkan suspek telah mengaku bersalah, peguam yang mewakili tertuduh iaitu Muhammad Zulbasysyar telah membuat permohonan kepada mahkamah agar hukuman terhadap anak guamnya itu dikurangkan.

“Anak guam saya bekerja sebagai jurukimpal dengan gaji harian sebanyak RM40 selain perlu menyara isteri, anak kecil berusia lapan bulan dan kedua ibu bapanya yang menghidap penyakit angin ahmar,” katanya.

Hukuman penjara selama enam tahun itu bermula daripada tarikh pelaku mula ditangkap iaitu 8 Mei lalu beserta satu sebatan.

Sumber: Kosmo! Online (Rosalwani Che Soh)