Perkukuh ilmu cegah rasuah, SPRM sedia hantar pegawai belajar di Denmark

29 May 2025 • 9:45 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

KUALA LUMPUR, 29 MEI: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bersedia menghantar pegawainya ke Denmark bagi meningkatkan ilmu pengetahuan serta mempelajari amalan dalam usaha pencegahan rasuah.

Perkara itu dinyatakan Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki menerusi catatan di Facebook suruhanjaya berkenaan selepas menerima kunjungan Duta Denmark ke Malaysia Kristine Vangkilde Berner di Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya hari ini.

“Saya sangat teruja dengan hasrat The International Division of the Danish Parliamentary Ombudsman untuk mengunjungi Malaysia dalam meneroka peluang kerjasama sesama institusi.

“Pertemuan ini juga membuka laluan kepada SPRM untuk jaringan usaha antirasuah yang lebih instrumental,” katanya dalam hantaran itu.

Hantaran itu juga memaklumkan Kedutaan Besar Denmark di Malaysia sedia bekerjasama dengan SPRM dalam usaha pencegahan rasuah.

Turut hadir dalam pertemuan itu Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahaya, Pengarah Bahagian Dasar, Perancangan dan Penyelidikan SPRM Rasidah Abdul Karim, Timbalan Ketua Misi Kedutaan Diraja Denmark Merve Yalcin dan Pembantu Politik Subateeswarran Looganaden.

– BERNAMA

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved