Perkukuh kerjasama NMIM, perluas kepentingan SIRIM

LocalBusiness & Finance
29 Sep 2026 • 5:31 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Perkukuh kerjasama NMIM, perluas kepentingan SIRIM
Kunjungan Karangkraf ke NMIM dapat meneroka ruang kolaborasi yang boleh dilaksanakan di masa akan datang. Foto Sinar Harian - MOHD HALIM ABDUL WAHID
Image from: Perkukuh kerjasama NMIM, perluas kepentingan SIRIM
Kunjungan Karangkraf diketuai Nik Justin mendengar penerangan yang diberiman Senior Metrologi Kumpulan Kimia, Dr Adlan Akram Mohamad Marzuki berhubung pengujian penandaan di NMIM pada Selasa. Foto Sinar Harian - MOHD HALIM ABDUL WAHID
Image from: Perkukuh kerjasama NMIM, perluas kepentingan SIRIM
Metrologi Kumpulan Elektrik, Muhammad Afif Bunyamin menerangkan mrngrnai proses kalibrasi sistem AwAS. Foto Sinar Harian - MOHD HALIM ABDUL WAHID
Image from: Perkukuh kerjasama NMIM, perluas kepentingan SIRIM
Nik Justin melihat pengujian dan analisis bahan ketika kunjungan ke makmal analisis permukaan di NMIM. Foto Sinar Harian - MOHD HALIM ABDUL WAHID
Image from: Perkukuh kerjasama NMIM, perluas kepentingan SIRIM
Timbalan Pengarah Kumpulan Kimia NMIM, Haslina Abdul Kadir menerangkan kalibrasi alat pengujian pernafasan yang digunakan pihak berkuasa. Foto Sinar Harian - MOHD HALIM ABDUL WAHID

SEPANG – Karangkraf memperkukuh kerjasama dengan Institut Metrologi Kebangsaan Malaysia (NMIM) bagi meningkatkan pendedahan kepada rakyat mengenai kepentingan institusi itu.

Ketua Komunikasi Korporat dan Strategik Karangkraf, Nik Justin Nik Mohd Ariffin berkata, perbincangan bersama pihak pengurusan NMIM diadakan bagi meneroka ruang kolaborasi yang boleh dilaksanakan pada masa akan datang.

**media[3662556]**

"Kunjungan korporat daripada pengurusan Karangkraf dan Sinar Harian ini memberi peluang kepada kami mengetahui dengan lebih lanjut proses, tatacara kerja serta perkhidmatan yang dilaksanakan di sini.

"Ia juga merupakan kunjung balas selepas pihak NMIM SIRIM menjemput kami untuk melihat dengan lebih dekat operasi dan usaha yang dilaksanakan mereka,” katanya selepas melawat NMIM di Bandar Baru Salak Tinggi di sini pada Selasa.

**media[3662557]**

Menurut Nik Justin, kerjasama itu penting sebagai medium memastikan lebih banyak maklumat mengenai fungsi, kepentingan dan peranan NMIM SIRIM dapat disampaikan kepada masyarakat.

"Sesi perbincangan bersama Dr Faridah Hussain (Ketua Metrologi Malaysia) diadakan mengenai bagaimana kita boleh berkolaborasi memberikan lebih banyak maklumat kepada rakyat.

**media[3662558]**

"Karangkraf khususnya Sinar Harian akan sentiasa bekerjasama dengan NMIM bagi memberikan lebih banyak pendedahan mengenai perkara hebat yang mereka lakukan di sini, yang mungkin masih belum diketahui oleh rakyat,” katanya.

Pada kunjungan itu, Karangkraf dibawa melawat Blok Kumpulan Kimia bagi melihat dengan lebih dekat proses pengujian dan analisis sampel yang diterima daripada pihak industri.

**media[3662560]**

Lawatan turut memberi pendedahan mengenai pengujian penandaan bagi memastikan produk memenuhi keperluan piawaian ditetapkan termasuk penandaan ketulenan emas 916.

Selain itu, rombongan turut diperkenalkan kepada proses penentukuran peralatan yang digunakan pihak penguat kuasa bagi tujuan pengujian serta pengesahan prestasi peranti.

Kunjungan itu turut diberikan penerangan mengenai proses kalibrasi sistem kamera Sistem Kesedaran Keselamatan Automatik (AwAS) di negara ini.

NMIM akan memastikan bahawa mekanisme pengesanan kelajuan dan rakaman unit AwAS mematuhi piawaian pengukuran nasional dan antarabangsa.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved