Perkukuh kesepakatan rentas parti, bantu atasi isu air antara negeri

2 Nov 2023 • 3:06 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available
1

SHAH ALAM, 2 NOV: Kesepakatan rentas parti antara Kerajaan Negeri perlu diperkukuh untuk menjamin bekalan air berterusan di beberapa negeri yang mengalami sumber air yang kritikal.

Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Nik Nazmi Nik Ahmad berkata ia termasuk masalah bekalan air di Pulau Pinang yang memerlukan pemindahan air dari Sungai Perak.

“Jika kita lihat kadar masalah air tidak terhasil (NRW) masih tinggi di banyak negeri. Disebabkan itu perlu ada kesepakatan rentas parti dalam perbincangan antara kerajaan negeri untuk lihat semula tarif air di negeri.

“Kerajaan Persekutuan akan menyediakan kertas Jemaah Menteri mengenai perkara terbabit,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Lim Guan Eng (HARAPAN-Bagan) pada Sesi Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat, hari ini.

Mengulas lanjut, Nik Nazmi berkata rundingan berkaitan Projek Skim Pemindahan Air dari Sungai Perak (SPRWTS) antara kerajaan negeri Perak dan Pulau Pinang berhubung pemindahan air telah bermula dengan baik.

Menurut Nik Nazmi perkara itu telah dibangkitkan dalam Mesyuarat Majlis Air Negara yang dipengerusikan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan turut dihadiri Menteri Besar Perak Dato Seri Saarani Mohamad dan EXCO Pulau Pinang.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved