Perkukuh pendidikan Islam, tangani gejala sosial – PM

LocalPolitics
31 Oct 2026 • 5:13 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Perkukuh pendidikan Islam, tangani gejala sosial – PM

KOTA BHARU – Pendidikan berteraskan nilai Islam perlu diperkukuh dari peringkat awal bagi menangani peningkatan masalah sosial termasuk buli, penderaan dan jenayah dalam masyarakat.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, tanggungjawab membentuk generasi berakhlak bukan hanya terletak pada kerajaan, sebaliknya memerlukan penglibatan ibu bapa, guru, pendidik dan semua pihak.

Katanya, kemajuan pendidikan dan penguasaan teknologi baharu tidak akan membawa makna sekiranya gagal melahirkan insan yang mempunyai adab, akhlak dan nilai kemanusiaan.

“Negara tidak seharusnya hanya mengejar kecemerlangan akademik sehingga mengabaikan pembentukan sahsiah generasi muda.

“Kalau kita mengejar kemajuan dan pelajaran, tetapi buli dan mendera kawan-kawan masih berlaku, itu maknanya pendidikan yang tidak mendekatkan akhlak dan adab,” katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian Skim Usahawan Bangkit Negeri Kelantan di pekarangan Aeon Mall, Lembah Sireh di sini hari ini.

Anwar memberitahu, pendidikan negara perlu berteraskan prinsip pembentukan adab dan akhlak seperti hadis Nabi Muhammad SAW.

Mengulas lanjut beliau berkata, pertambahan sekolah agama, maahad tahfiz dan institusi pendidikan Islam perlu disusuli penghayatan nilai Islam dalam kehidupan bagi memastikan masalah keruntuhan akhlak dapat ditangani.

“Isu buli, penderaan dan kejadian bunuh diri juga perlu diberikan perhatian serius dengan melihat semula keberkesanan pendekatan pendidikan dan tanggungjawab semua pihak,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

The post Perkukuh pendidikan Islam, tangani gejala sosial – PM appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved