Perlawanan KUFC, Kuching City FC tertunda padang ditakungi air

Football
4 Sep 2023 • 10:05 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Petugas stadium cuba untuk mencedok air bertakung dengan menggunakan penyodok sampah.

PERLAWANAN bola sepak saingan Liga Super antara Kelantan United FC (KUFC) dan Kuching City FC tertunda selama sejam setengah akibat air bertakung di atas padang Stadium Sultan Muhammad ke-IV di sini kerana cuaca hujan pada Isnin.

Perlawanan itu asalnya dijadualkan berlangsung pada jam 9 malam, namun dijangka hanya akan dapat dimulakan pada jam 10.30 malam.

Situasi yang berlaku memaksa petugas stadium cuba untuk mencedok air secara manual menggunakan penyodok sampah dan bekas plastik, namun dilakukan sekejap sahaja kerana masih hujan.

Permukaan padang yang basah pasti menjejaskan kualiti permainan yang mahu ditunjukkan oleh kedua-dua pasukan dalam misi memburu mata kemenangan.

Selepas 20 perlawanan, KUFC berada pada kedudukan ke-12 manakala Kuching City FC di tangga tercorot liga.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved