Perlawanan Liverpool vs United Berisiko Ditunda

LocalFootball
4 Jan 2025 • 11:38 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Perlawanan Liverpool vs United Berisiko Ditunda

Perlawanan antara Liverpool ada potensi akan ditunda disebabkan keadaan cuaca.

Pejabat Meteorologi telah mengeluarkan amaran ancaman salji dan hujan beku di sekitar Merseyside.

Keadaan cuaca ini juga boleh menyebabkan gangguan kepada kenderaan dan lain-lain perkhidmatan.

Laporan ramalan cuaca melaporkan salji 40cm akan melanda beberapa kawasan di United Kingdom.

Keadaan cuaca itu bakal menyukarkan penyokong untuk datang ke stadium dan ada kemungkinan suhu akan mencecah bawah sifar.

Setakat ini masih belum ada apa-apa pengumuman rasmi dari kedua-dua kelab dan Premier League mengenai perkara ini.

Perlawanan Liverpool dan United dijadualkan berlangsung pada jam 12.30 tengah malam waktu Malaysia, 6 Januari 2025.

Ini adalah perlawanan pertama untuk tahun 2025 bagi kedua-dua pasukan.

Liverpool ketika ini masih menghuni takhta liga dan United berada 23 mata di belakang The Reds menduduki tangga ke-14.