Perlawanan sukar buat Real Madrid - Ancelotti

Football
9 Apr 2023 • 1:52 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Ancelotti - Foto EPA

REAL Madrid wajar menyalahkan diri sendiri apabila gagal memanfaatkan peluang sehingga terpaksa akur tewas mengejut 2-3 kepada Villarreal dalam aksi La Liga awal pagi Ahad.

Pemain sayap Samu Chukwueze memacu kemenangan Villarreal apabila meledak dua gol biarpun pasukan tuan rumah mendahului dua kali dalam aksi di Santiago Bernabeu itu.

Skuad kendalian Carlo Ancelotti beraksi cemerlang apabila membelasah seteru Barcelona 4-0 di Camp Nou pada separuh akhir Copa del Rey Rabu lalu.

Namun mereka tidak dapat mengekalkan momentum itu kerana kekalahan yang menyebabkan mereka mengumpul 59 mata di tempat kedua sekali gus memberi laluan buat Barcelona mendahului 15 mata di puncak jika menewaskan Girona Selasa depan.

"Ia adalah perlawanan yang sukar. Kami mempunyai peluang dan boleh menjadikan kedudukan 3-1, namun ia tidak menjadi," ujar Ancelotti.

Pada aksi itu Real Madrid terlebih dahulu di depan menerusi gol sendiri, Pau Torres pada minit ke-16, sebelum Chukwueze menyamakan kedudukan pada minit ke-39.

Pasukan tuan rumah sekali lagi di depan menerusi jaringan Vinicius Junior pada minit ke-48, namun Jose Luis Morales mengikat kedudukan dan Chukwueze mengesahkan kemenangan Villarreal apabila menyumbat gol ketiga 10 minit menjelang wisel penamat.

"Kami boleh bertahan dengan lebih baik. Sejujurnya, sukar untuk kami menjadi 100 peratus bermotivasi, ia adalah perkara biasa," ujar Ancelotti.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved