Perlawanan Sumbangsih Dibatalkan, JDT Diberi Kemenangan “Walkover”

9 May 2024 • 3:25 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Perlawanan Sumbangsih Dibatalkan, JDT Diberi Kemenangan “Walkover”

Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) mengumumkan perlawanan Sumbangsih bagi merebut Piala Sultan Ahmad Shah yang dijadualkan berlangsung pada Jumaat ini terpaksa dibatalkan.

Menurut MFL, keputusan untuk membatalkan perlawanan dibuat selepas Selangor FC mengambil keputusan untuk tidak menghadirkan diri ke perlawanan yang akan berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim itu.

“Keputusan Selangor itu dimaklumkan menerusi surat rasmi yang dihantar kepada MFL.

“Ia sekaligus menyaksikan Johor Darul Ta’zim (JDT) bakal diberikan kemenangan ‘walkover’ dengan jaringan 3-0 dan mendapat 3 mata bagi perlawanan Liga Super (LS1),” kata MFL.

Menurut MFL lagi, perkara-perkara lain yang berkenaan penarikan diri itu akan dibawa ke peringkat Ahli Lembaga Pengarah MFL bagi tindakan selanjutnya.

Selangor FC ambil keputusan tidak hadir, perlawanan Sumbangsih dibatalkan

FML pernah menolak permintaan SFC untuk menarik diri dari perlawanan

Sebelum ini, MFL mengumumkan kempen Liga Malaysia (Liga M) kekal diteruskan mengikut jadual. Ini termasuk Perlawanan Sumbangsih selepas mendapat jaminan keselamatan daripada polis.

MFL dalam satu kenyataan rasmi memaklumkan pihaknya telah mengadakan mesyuarat bersama semua ketua pegawai keselamatan kelab Liga Malaysia hari ini bagi memastikan koordinasi keselamatan bagi setiap perlawanan Liga Malaysia musim ini dipertingkatkan.

Susulan itu, pertembungan antara JDT dan Selangor FC di Stadium Sultan Ibrahim Jumaat ini akan tetap dilangsungkan.

Sebelum ini, media melaporkan Selangor FC meminta aksi itu ditangguhkan ke tarikh yang baru.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved