Perlekeh Malaysia Tiada Duit, Netizen Berkampung Di IG Pengulas Politik AS

18 Apr 2025 • 12:27 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Tular satu video di media sosial seorang pengulas politik Amerika Syarikat (AS) memperlekehkan Malaysia sebagai sebuah negara yang miskin menyebabkan berlakuknya ketidakpuasan dalam kalangan pengguna media sosial.

Perlekeh Malaysia tiada duit

image is not available

Foto: Los Angeles Time

Pengulas politik AS Bill O’Reilly mempersoalkan lawatan Presiden China, Xi Jinping ke tiga negara ASEAN iaitu Vietnam, Kemboja dan Malaysia yang menjadi Pengerusi Asean dalam lawatan tersebut dianggap usaha yang sia-sia kerana ketiga-tiga negara tidak mempunyai kemampuan menyokong China dari segi ekonomi.

Dalam pada itu, Bill juga memberitahu bahawa rakyat Malaysia bukan sahaja tidak mempunyai duit bahkan tidak mampu membeli barangan yang dijual oleh China dan menganggap warga Amerika sahaja yang mampu mempunyai barangan hasil buatan dari negara republik itu.

Tergamak perlekeh Malaysia tiada duit? Netizen tak puas hati

Tindakan tersebut telah mengundang rasa kurang senang rakyat Malaysia dan menyelar kenyataan tersebut tidak benar dan bercanggah dengan apa yang ada di Malaysia.

image is not available

Foto: Malaysiakini

Bukan itu sahaja, media sosial bekas hos Fox News itu turut diserang oleh netizen Malaysia atas perlakuannya yang dilihat tidak beretika dan rata-rata warganet meninggalkan komen sebagai tanda balas tidak mahu berdiam diri melihat negara diperkotak-katikkan.

Sementara itu, mereka membalas kenyataan Bill dengan memberitahu keistimewaan yang terdapat di Malaysia antaranya kemudahan kesihatan yang jauh lebih murah berbanding di Amerika.

Penjagaan kesihatan Malaysia hanya RM1

image is not availableimage is not available image is not available image is not available Bukan itu sahaja, warganet juga memberi sedikit pencerahan berkenaan ekonomi Malaysia yang pesat membangun sekaligus menidakkan tuduhan bahawa Malaysia sebuah negara miskin.

Kalau takde duit, tak mungkin sambal KA sold out dalam 1 minit

image is not available image is not available image is not available image is not available

Netizen terus mencemuh kredibiliti Bill sebagai seorang pengulas politik yang dianggap tidak peka akan keadaan semasa dan menekankan sekali lagi rakyat Malaysia rata-ratanya kaya raya kerana sering membeli barangan dari China.

Setiap minggu parcel datang dari China

image is not available image is not available

image is not available

Untuk rekod, lawatan Presiden China merupakan kunjungan rasmi kedua beliau ke Malaysia dalam tempoh 12 tahun. Dalam pertemuan dua hala di Kompleks Seri Perdana pada Rabu, kedua-dua negara membincangkan usaha untuk memperkukuhkan kerjasama dua hala serta bertukar pandangan mengenai isu serantau dan antarabangsa yang menjadi kepentingan bersama.

Sumber: Instagram billoreilly