“Perlis Dah Liberal Sekarang” – Kenyataan Pelakon La Luna Cetus Tanda Tanya

Entertainment
26 Feb 2024 • 3:21 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Apa agaknya yang cuba disampaikan pelakon senior, Namron kali ini? Menerusi perkongsiannya di Instagram, Namron menaikkan satu video kedai pakaian dalam yang difahamkan terletak di Perlis.

Perkongsian Namron ini dipercayai ada kaitan dengan kecaman yang diterima filem La Luna yang didakwa membawa agenda liberal. Ustazah Asma’ Harun juga sebelum ini mempersoalkan banyak perkara tentang filem itu yang dilihat tidak sesuai untuk dipertontonkan kepada masyarakat beragama Islam.

Disebabkan itu, Namron berseloroh dengan mengatakan Perlis turut menjadi liberal kerana ada kedai pakaian dalam.

Tak tahu pula Perlis dah liberal sekarang, Oppss. – Tulis Namron.

image is not available

Situasi yang digambarkan Namron ini sama seperti apa yang berlaku dalam La Luna apabila sebuah kedai pakaian dalam wanita dibuka di dalam sebuah kampung.

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.