Perlis Kini Negeri Bebas ‘Kedai Nombor’, Berjaya Tutup Semua Enam Premis

9 Mar 2024 • 4:23 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Perlis kini menjadi satu-satunya negeri di Malaysia yang tidak mempunyai premis judi.

Penutupan premis judi yang terakhir di negeri itu pada Rabu lepas membuktikan kerajaan Perlis berjaya merealisasikan agenda sifar premis judi.

 

Semua enam premis berjaya ditutup

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan, Pembangunan Sumber Manusia dan Pembasmian Kemiskinan Perlis Asrul Aimran Abd Jalil, sebelum ini negeri Perlis mempunyai enam premis judi.

Kemudian empat daripada jumlah itu telah pun ditutup pada tahun lalu manakala premis kelima pula ditutup pada 31 Januari lepas.

image is not available

Tambahnya, kerajaan negeri itu menyedari bahawa aktiviti perjudian membawa lebih banyak keburukan berbanding kebaikan.

 

Mahu pastikan rakyat Perlis pelbagai agama hidup sejahtera

Dengan itu, keputusan untuk menghentikan lesen premis judi dibuat bagi memastikan rakyat pelbagai kaum dan agama di Perlis hidup dengan selamat dan sejahtera.

Alhamdulillah, melalui usaha kecil ini, kerajaan negeri berharap agar Perlis terus mendapat limpahan barakah dan rezeki daripada Allah SWT yang akan membawa kemakmuran dan kesejahteraan kepada seluruh rakyat di negeri ini.

image is not available

Dalam pada itu, Asrul berkata kerajaan negeri turut bekerjasama dengan pihak berkuasa dan agensi yang terlibat untuk membanteras aktiviti perjudian haram.

Sementara itu, mereka turut mengajak rakyat Perlis untuk sama-sama membantu pihak berwajib menyampaikan maklumat supaya isu tersebut dapat ditangani.

image is not available 2 weeks ago

"Tak Tahu Pula Perlis Dah Liberal Sekarang, Opppss!" - Nam Ron